
Tarikh & Tempat
2 & 3 OKTOBER 2010
INSTITUT SOSIAL MALAYSIA
(Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
Lot PT 13856, Km 6, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban
57100 Jalan Sungai Besi, KUALA LUMPUR
Pengenalan
Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) yang diterima pakai di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu pada 20 November 1989 telah mencadangkan beberapa garis panduan bagi melindungi hak setiap kanak-kanak dengan mewujudkan piawaian dalam perkhidmatan perundangan, sivil, penjagaan kesihatan, pendidikan dan sosial. Sebagai pihak yang bertanggungjawab, kita perlu memastikan hak-hak tersebut dihormati dan kanak-kanak memperolehi kehidupan, pembangunan dan perlindungan yang terbaik.
Dewasa ini, kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan agama telah sedar bahawa kita perlu membuat lebih pelaburan untuk kanak-kanak dari segi kesihatan, pendidikan dan penjagaan. Kesedaran ini menyebabkan lebih ramai pihak tampil menyuarakan tentang isu-isu berkaitan hak kanak-kanak. Usaha ini perlu diteruskan dan semua pihak harus menggembleng tenaga untuk memantapkan lagi hak kanak-kanak tersebut.
Seminar ini diadakan untuk memberi kesedaran dan meningkatkan pengetahuan mengenai isu-isu terkini di samping membincangkan penyelesaian bagi isu-isu tersebut.
Objektif
- Menyediakan platform kepada ahli akademik, penyelidik, penggubal dasar dalam polisi serta pengamal undang-undang bertukar pandangan dan buah fikiran tentang isu-isu terkini, sama ada dalam undang-undang atau bidang lain.
- Mewujudkan jaringan kerja dan perkongsian ilmu di kalangan peserta dan pembentang.
- Menggalakan penglibatan secara aktif di dalam penyelidikan dan pembentangan.
Skop Perbincangan
Pihak jawatankuasa NCCL2010 mengalu-alukan penyertaan semua pihak sama ada sebagai peserta atau pembentang kertas kerja. Perbincangan adalah bersifat merentas disiplin dan tidak tertakluk kepada aspek undang-undang semata-mata. Skop penulisan/perbincangan adalah meliputi, tetapi tidak terhad kepada aspek-aspek berikut:
- Hak kanak-kanak
- Penderaan/ eksploitasi ke atas kanak-kanak
- Perlindungan terhadap kanak-kanak
- Kanak-kanak dan keluarga
- Kanak-kanak dan masalah sosial/jenayah
- Kanak-kanak dan masyarakat
- Kanak-kanak dan persekitaran
- Kanak-kanak dan undang-undang
Ucap Utama
 |
Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Zaleha binti Kamaruddin Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
|
 |
Y. Bhg. Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM)
|
 |
Y. Bhg. Prof. Madya Datin Noor Aziah binti Haji Mohd Awal Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
|
 |
Y. Bhg. Dr. Farah Nini binti Dato’ Dusuki Pensyarah Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya (UM)
|
Kumpulan Sasaran
Seminar ini terbuka kepada ahli akademik institut pengajian tinggi, kakitangan agensi kerajaan/swasta, ahli badan bukan kerajaan (NGO), pengamal undang-undang, pelajar-pelajar pascasiswazah dan prasiswazah dan individu-individu yang berminat.
Format Penulisan Abstrak & Kertas Kerja
Garis Panduan Abstrak: Abstrak hendaklah tidak melebihi 250 perkataan, menggunakan Font Arial 11 point, diselang satu baris. Sila nyatakan nama penulis/penulis bersama, jabatan/organisasi, nombor telefon serta emel semasa menghantar abstrak.
Garis Panduan Kertas Kerja: Kertas kerja hendaklah ditulis tidak melebihi 15 mukasurat, menggunakan Font Arial 11 point, diselang satu baris. Abstrak mestilah ditulis bersama-sama dengan kertas kerja.
Abstrak dan kertas kerja dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris diterima. Penulis hendaklah menggunakan nota kaki serta rujukan mengikut format APA.
Penulis/salah seorang penulis bersama hendaklah hadir sebagai pembentang.
Tarikh-tarikh Penting
Tarikh akhir penghantaran abstrak: 3 Mei 2010 Makluman penerimaan abstrak: 17 Mei 2010 Tarikh akhir penghantaran kertas kerja: 2 Ogos 2010 Makluman penerimaan kertas kerja: 30 Ogos 2010
Sebarang pertanyaan mengenai abstrak dan kertas kerja, sila emel
Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya
(untuk perhatian Pn. Asiah binti Bidin (no. tel. 09 665 3316), En. Naziree bin Md. Yusof (no. tel. 09 665 3350), atau Cik Ahlaam binti Yusof (no. tel. 09 665 3350)).
Penginapan
Para pembentang dan peserta dinasihatkan membuat tempahan penginapan di sekitar Institut Sosial Malaysia di Kuala Lumpur. Penginapan tidak disediakan oleh penganjur.
|